Monday, December 31, 2018

Welcome 2019 :D

Assalamualaikum :)

Terdetik nak create entry di penghujung tirai 2018. Saja suka suki nak share alhamdulillah azam tahun ni semua tercapai (saja set azam kecik2 senang tercapai sebab xnak stress ngadap tahun baru:D) .

Sempena tahun baru ni saya da start keje baru, tukar for new environment, lagi dekat lagi selesa even kerja lagi susah. rezeki Daniel, balik keje pukul 5.30 , 5.40 pm da sampai rumah, da ambik Daniel. pantas ke pantas ? :D

Azam batin tahun esok (1/1/2019), saya nak jauhkan diri dari orang yang suka perlekehkan orang. cara saya, saya tak balas dengan kata-kata biadap, tp saya suka show off kat dia apa yg saya ada, shopping ke, beli barang-barang mahal ke, gi holiday ke, semua saya tunjuk kat dia,. hah padan muka kau, nak perlekehkan lagi x? haha semoga tahun esok dia dah berubah dari perlekehkan orang sebab perasaan hasad dengki dia kepada jadi seorang yang berusaha nak capai apa yang orang lain capai, erti kata lain. sila majukan diri sendiri jugak tau :D

Azam kedua dan ketiga dah set, lagi besar dari 2018. kena lebih struggle nak capai. doakan k ?

semoga azam azam korang semua tercapai jugak. kbai :D

Tuesday, January 2, 2018

A wife, A mom ♥️

Assalamualaikum ♥️

Rasa kayu sekejap sebab dah bertahun tak type entry baru.

Alhamdulillah, saya bukan lagi status single, dah kawin, dah jadi mama org :D

idhamazidah
Kami kenal bulan 12 2014.,mulanya saya tak suka dia, semua dia buat saya tak suka, tak boleh nak luah dengan perkataan macam mana saya tak suka (boleh imagiine tak ?) ngee.  TAPI cara dia bijak tau, dia guna mak nya jadi org perantaraan, ajak keluar makan la, minta maaf la, hantaq bunga kat rumah la, hantaq makanan lah, banyak la hai kalau nak list kan satu satu. tuttut dah few months kenal dengan familynya, dia buat cubaan propose ''will u be my princess'', kat dalam kheta wey, awat sweet sangat. ceq cayaq. hahahaha betol tak orang cakap. jangan benci nanti sayang, tengok ni ha, dah kawin dah. hehe hi husband :D



05/02/2016 (time ni baru rasa sayang meluat luat kat husband, haha)

daniel iskandar
Introduce my son !  sebenarnya kami ingat dapat baby girl,sekali keluar dari perut baru tau baby boy, berat 4.275 kg. mama kena operate sebab baby overweight, kena induce dua kali lagi, sobsob .

thanks hubby sebab tunggu kita dalam labour room, tidur atas kerusi sambil tahan sejuk, jadi tempat kita jerit, nangis nangis tanggung sakit, terharu :')

mohamad daniel iskandar bin mohd idham :')

sekian saja introduce pasal family kecik saya, kbai :")