Tuesday, December 17, 2013

Dreams come true

assalamualaikum cinta

terasa nak bercerita pasal angan-angan, mimpi, harapan, impian, dan sama maksud dengannya. teringat zaman dedulu. tyme darjahtiga sem tiga. terrrajin plak nak join ceramah motivasi. sejujurnya sebab nak balik free. dekat dengan rumah. alang-alang dah start cuti sem tyme tu kan. 

ok. back to the drama. kisah bermula tyme si penceramah (dah lupa nama beliau) bagi a4 paper. lipat 4. then, incik penceramah suruh tuliskan 10 impian yang kita nak capai dalam masa 10 tahun.

maka nya, dengan penuh harapan dan iltizamnya. terciptalah 10 azam dekat atas kertas tu. lipat dan simpan leklok, katanya. 

1- pointer. nak banyak banyak dan banyak lagi dari sebelumnya

2- lesen. dah lama jadi pengguna haram :D

3- dah dapat lesen, nak kenderaan la plak.

4- nak rumah sebijik. kalo macam magia sofea tu cantik. ala-ala fullhouse !

5- nak jumpa aaron aziz
6- nak kawin dengan lelaki yang sweet macam cadbury
no 7 8 9 10 terpaksa dirahsiakan -..-"


dan sekarang. alhamdulillah. semua dah tercapai kecuali rumah n kawin. erk. muda sangat-sangat lagi ni. study pun tak habis lagi. :) tQ Allah.



Saturday, November 9, 2013

Sampling (water analysis) at Perhentian Island

Assalamualaikum students and readers

Monsoon dah started. Masa enjoy kat pulau dah tamat buat tahun ni. Maka, tergerak plak hati hamba nak tulis entry ni. Special dedicated buat kengkawan yang banyak membantu.
Tengok tarikh post and tarikh harini. sangat tak aptudet. pending -__-

antara yang membantu. lagi empat jejaka takde dalam gambar. 

Balik dulu. babai orang kampung *lambai tangan*


Alang-alang dah letak title pasal sampling kat pulau perhentian. Nak jugak cerita serba sikit. Dengan niat taknak mengecewakan sahabat-sahabat yang search pasal berkaitan.

Water Sampling untuk final year project. Ambil sample air. Run experiment. Testing nutrients (Total Phosporus,Nitrate, Nitrite..etc) yang ada dalam air. Kerja yang best tapi rumit. Best coz dah joli kat tiga tempat. Pulau Bidong. Setiu Wetland n now. Perhentian.

Motif utama analisis air ni untuk matching habitat seaweed. So, kita dapat tahu species mana yang sesuai dekat habitat berkaitan. Macam senang je. Macam senang je -.-.

Eh. Jangan pikir nak amik air guna botol je ek. Kami guna Vandorn water sampler. Sangat berat benda ni hokai. Memerlukan kerahan tenaga lelaki. hehe . Thermometer and GPS sangat penting dalam buat kajian ni. Siyes ! :D (gambar dok nga papa, takdan nak amik). Dua station empat kali ambik.

..............................................................
Dan sekarang saya tengah busy buat thesis.

p/s- Result experiment dah dapat. hoyeah. *lompat tigakali* . 

Saturday, October 5, 2013

count on me :)

assalamualaikum  :)


If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I’ll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see
I’ll be the light to guide you

Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can’t fall asleep
I’ll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You’ll always have my shoulder when you cry
I’ll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me ’cause I can count on you


entry ni special dedicate untuk kawan saya. housemate. roomate. cosmate. bestfriend. 


kenapa dia? coz she is her.

simply jue.


most precious present 





ucapan dari lubuk hati...
- untuk awak yang bernama and bergambar di atas. thankz coz being my bestie. rumate. cosmate. and also thankz untuk hadiah yang tak ternilai. u can count on me. giler sweet . ! hehe :D

Monday, September 23, 2013

Techno Farewell ~ Teluk Ketapang

Assalamualaikum :)

eh. dah final year. ! *hoyeah tigakali*

las week, kami dan kami berGATHERING kat pantai Teluk Ketapang. sambil2 makan. dan makan lagi. bertambah bahagia :)

#tampal gambar patlima keping

jemput makan. kek sempena besday bulan 8&9. 
abaikan tudung yang ditiup angin sepoi2 bahasa :D




persis kanak2 ribena. 

thankz korang. dan korang. empat tahun bersama akhirnya bakal terpisah. sobsobsob.

babai

Friday, August 23, 2013

raya 2013

assalamualaikum cinta :)

boleh lagi tak nak buat entri raya? boleh la eh. eh eh. *giler gedik !*  ( mohon tampar laju-laju)

maaf. saya memang suka lambat. auch. kaku jari nak tekan keyboard. Dua bulan cuti sem. mana nak reti type-type guna lappy ni. *peace yaw*

ok dah. tak guna entri panjang . wat menyampah orang baca je kan. raya 2013. oh ye. raya pun macam tak raya. but still raya lagi . ramai pengunjung. sanak sedara. rakan taulan datang bertandang. bdw. thankz uolls. I sayang uolls lebih2. *flying kiss sekali*

macam biasa. mana boleh tak letak gambar gedik-gedik untuk tatapan mata.

first day raya. tak banyak gambar . semua sebab. sebab. hurm

ni ssm saya. second day raya. dengan kawan2. abaikan pakaian saya yang tak berapa tradisional tapi masih feminin :D

posing dalam pasaraya. ok. memang g beraya kat pasaraya. secara kebetulan. and mereka kawan saya. zaman secondary school. ohmai. rindu zaman kanak-kanak riang. 

dan dia. adik saya. farah ain. sama tak muka kami? memang tak sama sebab lain ibu lain ayah.

         
      ni activity wajib. beraya di sungai . and yet. this is super ohsem ! :D

tak taw raya ke berapa. gathering . last day before balik umah sewa. sad moment yang bahagia. eh? :D

 

          

ok dah. sekarang saya dah selamat berhibernasi dalam rumah sewa. bukak buku baru. chapter baru. dah sampai berapa? hurm. abaikan yang tak berkenaan. saya masih student. kbai ;)




Saturday, July 13, 2013

Oh Rafting Oh Mr R


*awas. entry panjang*

Sebelum cuti akhir sem 6 hari tu aku (bukan nama sebenar) ada join satu program rafting ni.



Program rafting ni dekat Sungai Negiri, Kelantan. Banyak2 aktiviti outdoor yang aku pernah join tapi, yang ni lah terBEST sekali. Sebab aktiviti ni betul2 mencabar ketahanan badan aku. Tapi, point utama entri ni sebenarnye aku nak cerita tentang Mr.R. Jejaka poyo sweet. Perasan hensem. Dan dia join gak program ni. Klah, aku mulakan dengan~~~~~

20 Jun, pagi. Aku mula pening nak packing barang nak bawak pergi rafting ni. Aduh~~ beg pun tak cukup. Dah barang perempuan banyak nak buat macamane. Tapi, last dapat jugaklah aku kemas. Malam tu kalau tak silap dalam jam 10 kitorang berkumpul dekat Komplek Sukan, UMT. Ramai jugak yang join program ni rupenye. Lepas dengar taklimat bagai, kitorang pun masukkanlah barang dalam bas. Masa masukkan barang dalam bas, beg aku sikitttt lagi nak terjatuh. Nasib baik ada orang tolong sambutkan. Ah, aku tak perasan pun siapa yang tolong time tu. Sepanjang perjalanan tu aku tidurrr!!! Sampai-sampai je dekat Kuala Betis, aku letak beg dalam bilik dan sambung tidur balik. HUHU!!!. :D



21 jun, pagi. Mata kelat-kelat lagi nak bukak, aku turun breakfast, lepas tu dengar taklimat untuk aktiviti rafting, cara nak prepare raft, cara kayuh, bla3 banyak lagi. Dalam kol 11 kitorang dah siap prepare raft, loading barang atas raft, then masa yang ditunggu-tunggu tiba!!!!!!! Kami mulakan kayuhan yang pertama. KAYUH!!!! KAYUH!!!! KAYUH!!!!.


Hari pertama memang memenatkan, air tak berarus sangat, tangan tak panas lagi. For the whole day, mmg kami berada atas air dan sangat memenatkan. Masa nilah aku tahu istilah “BERRY”. Huhu~~ ape tu? rahsiaaaaa. Kayuh punya kayuh, sampai jugak ke Gua Cha. Malam tu kitorang berkemah kat sana, betul-betul sebelah kubur orang Mesolithic. Alah, yang orang geologist gali-gali jumpe tulang orang dengan tembikar tu.
Malam tu ade sikittttttttt makan, dengan ice-breaking, dah siap semua, aku masuk kemah, tidurrrr~~~

22 jun, pagi. Ahhhh pagi yang indahhh. Pagi tu kami disajikan dengan makan-makan program seperti mee hoon, nasi gorang dan tea-O. Lepas makan, kami Ikat2 barang atas raft then, kami gerak dalam pukul 10 pagi. Hari kedua ni best sikit dari hari pertama. Jeram lebih WOW!!! dan ARUS lebih OSHEM!!! Xperlu kayuh sangat. arus kuat sangat sampai tenggelam-tenggelam raft kitorang. Hari kedua ni je, dah 7 liter aku tertelan air sungai. *ok, ini petua untuk kekal anggun dan gebu macam saya.
................

Minumlah air banyak-banyak k. Ok back to the story, kitorang lalu dekat banyak jeram-jeram bahaya.  Banyak batu. Salah sikit je memang terbaliklah raft kami. Memang best tapi, panas kot. Aku tengok ramaiiii yang terjun ke air. Hajat dihati ingin ikut sama tapiiiiii, malu lah. :3 Pukul 6 petang ROMBONGAN kami sampai ke perkampungan orang asli Kampung Pulat. Kitorang bermalam kat sini. Better than Gua Cha sebab, sini ada air, letrik. Kedai, surau pun dekat.

23 jun pagi. Ok ni hari last program rafting kitorang. Kami siap-siapkan raft, load barang, ambil-ambil gambar (klate oyak, pukul gambar). Then start berakit menyusuri Sungai Negiri pukul 10 pagi. Pandangan hari ke-3 ni memang cantik, dengan gua batu kapur, gunung batu kapur, hutan-hutan. Haaa, korang tengok jelah gambar-gambar bawah ni. Tengah menyaksikan panorama-panorama indah tiba-tiba, muncul scene macam dalam filem seram “Silent Hill”. Berkabus tiba-tiba. Ok, jerebu dah sampai sini. Kami berakit lah sampai 5km lagi nak sampai destinasi akhir, kami stop sekejap. Guarder mnx kami check B.A kami. Makesure ketat SEBABBB!!! kami nak buat aktiviti floating!!! Memang seronok!!! Bayangkan, float dekat jeram-jeram. ARUS KUAT!!! Kejap timbul, kejap tenggelam, kejap ada, kejap hilang. Last-last, sampai jugak dekat Pasir Mayat. Memang seram namanya. Huuuu~~~~ (Spooky). Pasir Mayat ni dapat nama mase zaman pemberontakan Komunis. Ada polis kene bunuh masa buat rondaan kat sungai ni then komunis letak mayat polis-polis tu kat timbunan pasir ni lah. Ok, dalam jam 5 petang, ROMBONGAN kami sampaiiiii jugak dekat LAST CHECK POINT, Kampung (lupa). Arghhh!!! Ada orang tegur tangan aku berbelang-belang sunburn. Sebab hand sock aku pakai tu belang pink hitam. Sob3~~ Takpe2, nnt2 hilang lah tu.

...

Ape? Mr.R? Sabarrrr. Belum sampai lagi scene Mr.R.
Kami kemas-kemas barang, final check, then bergerak ke bas untuk tidur yang selesaaaaa!!!
Ok, dah sampai perhentian (lupa lg deh). Masa tu punyeeeee lapaaaarrrrrrr~~~. Sesudah MENTEKEDARAH, aku masuklah bas. YA ALLAH!!! Siapa pulak tidur berselubung macam hantu ni?. Tak turun makan ape dia ni?. Lantak lah deme. Tunggu punya tunggu, bas pun penuh. Bila bas gerak je hantu tidur tadi terjaga. Dia tengok aku, dia senyum. “My name is Mr.R”. “Ooo, sy Ida( bukan nama sebenar)”. Eh, peramah jugak hantu tidur ni ye. Kami pun bual-buallah pasal program rafting, pasal hobi. Dah sakan berbual, rupanya dia ada hobi yang lebih kurang sama macam aku. Aku Blogger dan dia Vlogger.
Dia peramah, banyak cakap. Kalau bercakap tu siap dengan mimik-mimik muka lagi. Ok, dia kan Vlogger. Dia duduk kerusi belakang, aku duduk depan. Kebetulan aku duduk sorang. Kawan-kawan Mr.R@Mr.Poyo suruh dia duduk sebelah aku kalau nak sembang. Member dia kata,”Kau ni kacau aku
nak tidur ar”. Malas nak panjangkan cerita, Mr.R kene tolak dengan member-member dia dalam 2-3 orang macam tu suruh dia duduk sebelah aku kalau nak sembang sebab diorang nak tidur.
Kitorang pun sembanglah. Macamane boleh tak perasan dia ye sepanjang program tu. Tengah rancak sembang ni tiba-tiba, aku diserang masalah mengantuk. “Ida ngantuk, tidur dulu ye”. “Ok, tidurlah”. Aku pejamlah mata. Sedap betul tidur penat-penat ni. Lagi ade air-cond. Tidurlah aku senyenyak-nyenyaknya sampai tak sedar, bila aku terjaga, aku dah tersandar dekat bahu Mr.R.

HAISSSS!!!!!! Malu!!!!!. “Kenapa awak tak kejut saya???!!! Kenapa awak biarkan saya tidur dekat bahu awak???!!!”. “Saya dah kejut tapi, awak tak bangun-bangun. Tidur matilah tu”. Aku diam. Dalam beberapa minit, sekali lagi aku tertidur. Dan aku tersandar lagi dekat bahu Mr.R. Aku mana perasan. Kan tengah tidur. Bila terjaga aku terus angkat kepala aku dan aku tak tanya apa. Aku diammmm je. Tiba-tiba Mr.R cakap kat aku,”Saya dah kejut jugak tapi, awak tak bangun”. Ok, no more sleep sampai UMT. Aku malu kau boleh senyum-senyum lak. Tampar kang.
Ait?? Aku terkejut jap. Sejak biler aku pakai selimut??. Mr.R perasan dia terus cakap,”Saya selimutkan awak tadi. Saya tengok awak tidur bengkok dah macam udang sejuk dah. Hahaha”. “Ok, thank”, dalam hati je. Sampai je UMT aku terus keluar dari bas dan lari jauh-jauh. MALUUUU!!!!! IDA, KAU NI MEMALUKANNN!!!! AKU TAK KAN JUMPA, TERSEREMPAK, DAN APA-APA PUN dengan Mr.R yang poyo sweet. UGHH!!!!

Esoknya, aku buka Facebook. “Oh, friend request. What??? Mr.R??? Nak approve ke ignore??? Mmm”. Aku PM dia. “Bagi saya satu alas an, kenapa saya kena approve awak?”. “Sebab saya dapat tolong awak bila awak perlukan pertolongan. Like, bila beg awak terjatuh, saya tolong sambut”. Oh, Mr.R rupanya yang tolong. Ok. Thank dalam hati je. Nanti dia PERASAN. So, sekarang kami jadi kawan. Kawan biasa je k. Tak lebih-lebih pun. No dating and no flirting. Just chatting kadang-kadang, sbb nak mintak idea nak buat entry untuk my blog.
...

Untuk Mr.R yang tengah baca entry@cerpen ni. Jangan nak kembang-kembang sangat. Just sharing k.
Ok semua, Assalamualaikum.

...

P/s tuan belog - I guess korang syak bukan Ida yang tulis entri kat atas tu kan. ya ya ya. I admit. Ida tukang post je. ni first taim taw ida wat keje cam gini :D.

BDW, Ida pun tak sengaja join rafting buat kali kedua. Ada tak yang marah? sakit hati? takpuas ? or kecewa sebab entri water rafting sebelum ni? hehe. wonder why I joined again? 

  • nak baiki diri. lebih berani. and yakin
  • jumpa kawan2. teman2. sahabat2. (pasni taktaw bila lagi ada peluang camgini kan? )
  • invited by (sahabat)
  • tukar pandangan negative certain peoples (about me)
STOP. I busy yesterday. today. tomorrow and the day after. kbai. saragheo.
p/s untuk penulis di atas. TQ awak :)


Wednesday, June 19, 2013

pengakhiran semester 6

Assalamualaikum

Setelah sekian lama menyepi. Macam rajin pulak nak hapdate isu lapuk . Tapi sebelum tu....

mohon angkat tangan ke atas
berdiri dalam keadaan nak menari poco-poco
lompat tinggi-tinggi sambil jerit
yeah ! yahoo ! hooray ! nampuluhpatkali

OK dah. Sekian untuk eksersais. 

Alhamdulillah. Tenkiu ALLAH swt. Perjuangan semester 6 yang penuh dengan liku-liku, ranjau berduri. onak dan duri-durian. erk. erk. hurm... Dah SELESAI ! Bahagia tak terkata. LEGA. nenek kepada kawan baik sepupu saya cakap Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah. Iye kan. :)

#(mekasih kat letrers . families.sahabat handai. housemates. staf jtm. sedara sekampung. tuan rumah. tuan kedai belakang hostel. pekerja tempat bengkel moto  )

Stress. Pressure. Semorang takleh lari dari tekanan. Kemong. dis is life. Enjoy it ~ Saya ada cara sendiri nak release stress. Try them by urself  ! :) *sigh*

1- Makan. Makan . dan Makan 
(takyah takut gemok. dah habis stress boleh g joging. Balik kampung jangan naik kereta. jalan kaki sambil galas beg. confirm takde masalah overweight :D )

saya si gadis oren :D (Secret recipe). 

peliz. I love ice cream. ! yummi :D



2- keluar berhibur (kadang-kadang, jangan selalu)

with ma sista. 



shopping. tapi make sure jangan bawak duit banyak -.-

3- Pantai. I do love beach more and more. tengok ombak boleh tenangkan jiwa yang bercelaru. :)


look at our happy faced. 


4- study group (dah habis stress baru pikir setadi :D )
jangan paksa diri. chill dear. hehe





Next step to sakses. Final Year Project. Yakin Boleh. I noe I can do it . perfect. Like others ^_^.

Wednesday, April 10, 2013

LIMA'13

Assalamualaikum sweethearts :)

LIMA dah abeh baru terhegeh-hegeh nak wat entri. aigoo ! : maafkan saya. *mukakiut* ^___^
senanya bukan nak story sangat pasai-pasai LIMA ni. takde pasang niat nak bagi korang jeles pun.
 *sigh*

aigoo.. takde ke volunteer yang nak tolong hapdate belog usang ni? dah nampak tompok putih dah  -.- . peh ! takpe takpe. hapdate tigabulan sekali pun korang rajin jugak jenguk teratak ni kan. hik hik . mekaseh. sayang korang ketat-ketat :D

back to da topic. ni kisah saya g LIMA bukan kisah belog berhabuk berkulat berusang dan BER yang lain.
*Sigh*
mukamuka bahagia baru sampai kat jetty kuala perlis :D

nak jugak mencapap sorang diri. hik hik

yeah. dah nampak dah eagle kat belakang :D

satu rumah satu van satu u :D

disini bermula~

dah namanye students. memang takleh lari dari dengar talk :)

kami bersatu . satu u satu bus satu dewan. idup UMT~! *tetibe*

jom naik heli. ida jadi co pilot ok? hehe


awana porta mala



kami. #hajiismailgroup#


with anak2 kak ton. sorang takde. cameraman. yen ~!

sekian untuk berita lima . sekadar cuci sapu basuh habuk belog. babai
notakaki--> mekaseh kawan2. yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan lagi. ngeee :D