Friday, June 29, 2012

Water rafting at sungai nenggiri,gua musang


Atas permintaan sahabat tersayang (faziek uyun)
ehem.
Maka, ida merajinkan diri buat entri ni ^____^

Lebihan masa yang ada mendorong ida untuk membuat laporan lengkap berdasarkan apa yang diajar oleh cikgu suzana. Kalau ada anak-anak muda remaja yang terasa ingin kopi pasta laporan ini untuk dihantar kepada cikgu bm . anda dipersilakan.
Semoga mendapat A++ ^_^ 


 Sehari sebelum camping

Packing barang . (tak tahu nak bawak apa).
*garu-garu kepala * Tak biasa bercamping.

Mintak tolong cik kecek listkan barang yang perlu dibawa. Ribuan terima kasih diucapkan.

Hari kejadian bertolak

  • incik am datang ambil lappy . dia bawak puan aaron aziz ida pigi duplicate kunci di hockiseng. Terasa bertuah ada junior yang baik jantung hati :')
  • incik wan hantar ke kompleks sukan (tempat naik bus). Terimas incik adik ensem dan baik :D
  • menunggu kedatangan bus selama sejam -,-
  • Tidur dalam bus . membantu melipatkan urat saraf dan menyumbatkan kapilari darah.  =..=”


First day

Sampai di daerah orang asli

Mengikut pepatah datuk nenek
“masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang tiger mengaum”

buat rakit secara berkumpulan .
Cik faziek tampak bergaya dengan memakai cap dari Surabaya ^_^


 Rupa rakit yang dah siap dipasang oleh kami.
Ye betol . ida membantu :’)
*tersengih bangga menunjukkan barisan gigi*

Rakit siap . angkat rakit . kemas barang-barang untuk dibawa.
Apa yang penting, kerjasama (melodi lagu wonderpet) .
Siap makan . mula berakit . penat . lenguh . hati mula menangis panggil ma dan abah -,-“

Guider kumpulan kami . angah .  hensem dan comel

macam-macam gelagat

Sampai di gua cha setelah berakit selama kurang lebih 3 jam . thankz  god .
Sakit seluruh badan . especially lengan . dan bahu .

*sapu minyak mastika sambil menangis*

Second day

Ada sikit gaya macam puteri gunung ledang gua cha .
Semoga gambar ni menghiasi buku sejarah form 3 terbitan 2020 :D

Cik faziek a.k.a model sambilan
Sesape yang berminat untuk ambik dia bekerja .
mohon contat ida selaku manager tehormat

Terasa diri tak ubah macam arkeologist :')

Agak sesuai kedudukan cik faziek di situ

bersama incik tikus mondok matwe

Incik reza ambik kesempatan buli ida sebelum mula berakit
*menangis*
Incik boss dan cik faziek ambik peranan . pujuk dengan kata-kata .

Ok.  ida mampu !  (cakap dalam hati dengan penuh semangat)
*sapu sisa-sisa air mata*

Sambung perjalanan menuju ke perkampungan tanpa line handphone orang asli . kampung puspulat . ambik masa kurang lebih 7 jam . bersamaan 30km menyusuri sungai .

Bagi yang menganggap gambar di atas cantik . mohon dipuji tujuh kali :')

Sampai di destinasi . angkat barang . pasang khemah .

Yeay ! *melompat sambil tepuk tangan*
(1st taim pasang khemah sendiri . dengan bantuan cik faziek dan incik reza )

Mandi . tidur dalam khemah tanpa hiraukan panggilan berkumpul dari guider dan ketua . penat  .

Terpaksa bangun selepas beberapa kali dikejut oleh cik faziek . incik guider paksa dia kejut ida -.-
Mereka yang prihatin masakkan ayam dan telur untuk ida selepas mendapat info dari cik faziek yang ida tidak makan daging .

*terharu*
Makan ubat . sambung tidur .

Third day

Mandi . kemas khemah . jalan-jalan bersama cik faziek . tangkap gambar cik monyet dan cik kera  dan cik kambing putih yang comel bersama kakak dan abangnya .

Pergi  mydin mall kedai runcit . beli air tin perasa asam jawa . cik faziek beli air perasa kelapa .
Seriusli .  tak pernah tengok jenama air tersebut . ida syak dorang packing sendiri . mohon berhenti mengangap orang asli tak maju :3

Mula berakit ke destinasi terakhir . water confident + floating . pengalaman pahit . terlanggar kayu besar di  air deras . hampir lemas . 
terima kasih kepada incik guider yang berjaya selamatkan ida . sakit badan + sakit dada . telan air sungai menggunakan hidung tatkala mulut masih berfungsi . memang menyakitkan =..=

Incik reza tolong angkat naik atas rakit .

*terbatuk-batuk*
  
Sampai perhentian terakhir . tanah berlumpur .( meransang pembiakan pacat) . geli . bulu tengkuk meremang . mogok tak nak turun rakit . !

berharap dalam hati semoga putera aaron aziz datang jemput dengan helicopter
 -,-

Harapan tak termakbul . terpaksa berpijak di bumi nyata . abah a.k.a ketua guider sapu lumpur kat kaki ida taim incik salleh tarik ida naik ke darat . geli dan geli . tak mampu dihuraikan dengan kata-kata . tekak mual .

*tahan muntah* =..="

Tukar pakaian . naik bus . bertolak menuju rumah abah .
Makan kuih muih . minum air . sambil snap gambar-gambar  tanpa motif .

antara model-model lelaki melayu terakhir :3

Sekian laporan dari princess flavia . kbai

ucapanà biggie of thank you diucapkan kepada yang terlibat dalam usaha menolong  adik bongsu a.k.a diri sendiri . dan maaf kerana dah menyusahkan semorang .

p/sàgambar-gambar tak diupload semua kerana kekangan perasaan malas untuk mengedit . gambar-gambar dalam kamera incik along tidak diambil kerana saya agak segan untuk meminta . maka gambar-gambar cantik yang di snap menggunakan kameranya tidak dapat ditunjukkan disini . 
(terlalu banyak menggunakan perkataan sama . fail bm darjah 3! )

notakakiàkredit kepada cik faziek . cik kecek . incik along . incik amer. Incik matwe .  incik boss. Incik am . dan incik wan .

notepadà xtvt yang best ! especially berakit semasa air deras . seronok ! tapi buat masa ni . this is the first and last for me :D 

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.