Friday, May 16, 2014

Selamat hari guru.

Assalamualaikum cikgu-cikgu warga pendidik sekalian. (salam kasih sayang melimpah ruah)
Semalam sambut hari guru kat sekolah rendah (SKTokMotong). hari sebelum nya kemain seronok lagi mintak duit dengan mamapapa, nak beli hadiah. Dapat sabun duatiga ketul jadi la. (Zaman bebudak dulu sabun hadiah paling famous.) Paling kurang bungkus  minyak rambut brycream kepunyaan si abang. Mana-mana cikgu yang paling hensem dapat paling banyak hadiah. Lumrah.  
Semalam sambut hari guru kat sekolah menengah (SMKPelagat). Zaman sekolah menengah kurang dah perasaan nak mengamuk keliling meja makan sebab  mamapapa taknak bagi duit nak beli hadiah cikgu. Maklum la. Mature kan .  kunun. Beli guna duit tabungan sendiri dah(pintar anak mama). Sekupang dua kupang sehari pun dah kira banyak dah. Campur lagi dengan duit biasiswa. Cukup duit. Beli hadiah bagi kat cikgu yang paling baik. (racist). Time games paling seronok. Takde dah istilah cikgu tu bekeng. Cikgu ni suka tengking-tengking. Cikgu sana suka piat telinga. Cikgu sini suka piat perut. Hari guru hari paling seronok bagi student nak buli cikgu. Balas dendam secara manja-manja. Seronok. “letak nama cikgu sesuka hati suruh main permainan” “panggil nama cikgu sesuka hati suruh menyanyi or buat persembahan atas stage.” Giler seronok (!).
zaman sekarang. 5 tahun dah tinggal sekolah. takde dah nak join sambutan majlis hari guru. bagi-bagi hadiah. tapi tak semestinya saya lupa jasa guru. teringat lagi suara lunak merdu cikgu mengajar walaupun selalu terlena. tak lupa kes cikgu buat annoucement sebab ponteng kelas. tak lupa zaman panjat pagar belakang sebab taknak masuk kelas sejarah. (dengan ssm). terasa lagi ketakutan cikgu disiplin kejar sebab tak pakai pakaian unit beruniform.  
Ok. Dah habis celoteh pendek alkisah hari guru.
Sempena hari ni. 16mei. Hari guru. (Lecturer pun seorang guru even tak dipanggil guru.) Saya masih seorang pelajar. (ucapan di bawah) 

--> To all my teachers, and my lecturers. SKTMg, SMKP, Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) and UMT. Thankz atas segala tunjuk ajar dari taktahu mengeja. Sampai dah boleh ajar bakal anak. Dari taktahu mengira dah boleh guna kalkulator saintifik (lecturer UMT pernah tanya pandai tak guna kalkulator saitifik).

SELAMAT HARI GURU. NEOL SARAGHEO :)


Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.