Friday, May 16, 2014

Selamat hari guru.

Assalamualaikum cikgu-cikgu warga pendidik sekalian. (salam kasih sayang melimpah ruah)
Semalam sambut hari guru kat sekolah rendah (SKTokMotong). hari sebelum nya kemain seronok lagi mintak duit dengan mamapapa, nak beli hadiah. Dapat sabun duatiga ketul jadi la. (Zaman bebudak dulu sabun hadiah paling famous.) Paling kurang bungkus  minyak rambut brycream kepunyaan si abang. Mana-mana cikgu yang paling hensem dapat paling banyak hadiah. Lumrah.  
Semalam sambut hari guru kat sekolah menengah (SMKPelagat). Zaman sekolah menengah kurang dah perasaan nak mengamuk keliling meja makan sebab  mamapapa taknak bagi duit nak beli hadiah cikgu. Maklum la. Mature kan .  kunun. Beli guna duit tabungan sendiri dah(pintar anak mama). Sekupang dua kupang sehari pun dah kira banyak dah. Campur lagi dengan duit biasiswa. Cukup duit. Beli hadiah bagi kat cikgu yang paling baik. (racist). Time games paling seronok. Takde dah istilah cikgu tu bekeng. Cikgu ni suka tengking-tengking. Cikgu sana suka piat telinga. Cikgu sini suka piat perut. Hari guru hari paling seronok bagi student nak buli cikgu. Balas dendam secara manja-manja. Seronok. “letak nama cikgu sesuka hati suruh main permainan” “panggil nama cikgu sesuka hati suruh menyanyi or buat persembahan atas stage.” Giler seronok (!).
zaman sekarang. 5 tahun dah tinggal sekolah. takde dah nak join sambutan majlis hari guru. bagi-bagi hadiah. tapi tak semestinya saya lupa jasa guru. teringat lagi suara lunak merdu cikgu mengajar walaupun selalu terlena. tak lupa kes cikgu buat annoucement sebab ponteng kelas. tak lupa zaman panjat pagar belakang sebab taknak masuk kelas sejarah. (dengan ssm). terasa lagi ketakutan cikgu disiplin kejar sebab tak pakai pakaian unit beruniform.  
Ok. Dah habis celoteh pendek alkisah hari guru.
Sempena hari ni. 16mei. Hari guru. (Lecturer pun seorang guru even tak dipanggil guru.) Saya masih seorang pelajar. (ucapan di bawah) 

--> To all my teachers, and my lecturers. SKTMg, SMKP, Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) and UMT. Thankz atas segala tunjuk ajar dari taktahu mengeja. Sampai dah boleh ajar bakal anak. Dari taktahu mengira dah boleh guna kalkulator saintifik (lecturer UMT pernah tanya pandai tak guna kalkulator saitifik).

SELAMAT HARI GURU. NEOL SARAGHEO :)


Thursday, May 15, 2014

Ceritera Wall Climbing, Sabah.

*Last hapdate 8 February. New entry, 15 May. Nampak sangat blogger ni busy sakan kan. Well yeah. Saya intern. Even bukan bergelar pekerja. Tapi sudah diperlakukan seperti pekerja. Titik.

Ni ceritera wall climbing. Bukan cerita luahan perasaan seorang pelajar budak intern. Lepasni nak buat entry baru “kisah budak intern”. Ok. Tipu je.
Siapa minat wall climbing? *Angkat tangan tinggi-tinggi*. Saya bermurah hati nak ungkap sikit sebanyak experience mendaki(?). Well. This is my first time. And . saya ni GAYAT -___-“ . Tengok Jihyo (RM: tak tahu jangan tanya) seronok je tengok dia panjat tinggi-tinggi. Makanya. Dengan penuh iltizam saya mengisi borang lapor diri. Nak daki. Nak daki jugak. (!)

(kadang-kadang orang jarang berbelog ni makin gedik makin hari dan makin gedik lagi).


Sabah Indoor Climbing Centre. (mohon tanya uncle gugel untuk tindakan lanjut).
(dekat dengan apartment. Dari bilik dah boleh nampak bayang stadium. Ok. Tipu lagi. Rumah saya mengadap laut. Membelakangkan stadium.)
dekat . tapi baru jejak kesini -_-

First time jejak kaki kat area wall climbing. Mak ai. Tinggi nya. Serius bak ang. Tapi muka watlek je. Cool depan orang ramai. Control macho beb. Jangan ingat lelaki je boleh memanjat, kami pun mampu :D
Nothing free . Kad keahlian 22 hengget. Yang dah jadi member and nak-nak jugak g panjat lagi kena bayar 18 hengget. (kalau panjat pokok belakang rumah free je kan?). Utamakan keselamatan. Abang-abang hensem dah sediakan kasut and peralatan yang sesuai untuk kita. So jangan risau bagi kakak-kakak makcik-makcik yang tak sengaja pakai heel lima inci untuk panjat dinding.Anda pun boleh memanjat.  


Dah isi boring. Bayar-bayar. Pakai-pakai apa yang patut. Boleh la mula mendaki. Bagi yang tak pernah ada experience. Takut? jangan risau. Dorang bagi kita panjat kat lower level. Tak tinggi sangat bagi orang lain. Tapi sangat tinggi bagi saya. Giler takmo panjat dah !. 



ü  Kasut
ü  Tali pinggang keselamatan
ü  Make sure tepung disediakan(supaya tangan tak licin, saya tak guna jugak)
Dorang bagi kita panjat dua kali. Tapi kalau dah rasa expert sangat boleh la panjat sampai penat. Jangan risau. Takde caj tersembunyi dikenakan. Ha.. kita dah bayar kan. Panjat selagi mampu. yok panjat.  Kalau boleh mintak nak panjat sampai ke malam. Panjat jangan tak panjat. kalau saya. Sekali panjat dah surrender. Cukup la cedok pengalaman kat sini.

 
tak jumpa cari batu-batu untuk dipegang. terpaksa mintak bantuan guider untuk tunjuk dengan lazer. -_-

part terjun ni yang gayat. tak percaya sangat dengan guider yang pegang tali kat bawah. hehe

Baidewey. Wall climbing sangat ohsem. Specially bagi yang suka dengan activity lasak. Jom join sesama lain kali. OK?
Notakaki: curi masa limabelas minit wat taip entry. Sambung kerja. Kbai. Sayonara.