Saturday, July 13, 2013

Oh Rafting Oh Mr R


*awas. entry panjang*

Sebelum cuti akhir sem 6 hari tu aku (bukan nama sebenar) ada join satu program rafting ni.



Program rafting ni dekat Sungai Negiri, Kelantan. Banyak2 aktiviti outdoor yang aku pernah join tapi, yang ni lah terBEST sekali. Sebab aktiviti ni betul2 mencabar ketahanan badan aku. Tapi, point utama entri ni sebenarnye aku nak cerita tentang Mr.R. Jejaka poyo sweet. Perasan hensem. Dan dia join gak program ni. Klah, aku mulakan dengan~~~~~

20 Jun, pagi. Aku mula pening nak packing barang nak bawak pergi rafting ni. Aduh~~ beg pun tak cukup. Dah barang perempuan banyak nak buat macamane. Tapi, last dapat jugaklah aku kemas. Malam tu kalau tak silap dalam jam 10 kitorang berkumpul dekat Komplek Sukan, UMT. Ramai jugak yang join program ni rupenye. Lepas dengar taklimat bagai, kitorang pun masukkanlah barang dalam bas. Masa masukkan barang dalam bas, beg aku sikitttt lagi nak terjatuh. Nasib baik ada orang tolong sambutkan. Ah, aku tak perasan pun siapa yang tolong time tu. Sepanjang perjalanan tu aku tidurrr!!! Sampai-sampai je dekat Kuala Betis, aku letak beg dalam bilik dan sambung tidur balik. HUHU!!!. :D



21 jun, pagi. Mata kelat-kelat lagi nak bukak, aku turun breakfast, lepas tu dengar taklimat untuk aktiviti rafting, cara nak prepare raft, cara kayuh, bla3 banyak lagi. Dalam kol 11 kitorang dah siap prepare raft, loading barang atas raft, then masa yang ditunggu-tunggu tiba!!!!!!! Kami mulakan kayuhan yang pertama. KAYUH!!!! KAYUH!!!! KAYUH!!!!.


Hari pertama memang memenatkan, air tak berarus sangat, tangan tak panas lagi. For the whole day, mmg kami berada atas air dan sangat memenatkan. Masa nilah aku tahu istilah “BERRY”. Huhu~~ ape tu? rahsiaaaaa. Kayuh punya kayuh, sampai jugak ke Gua Cha. Malam tu kitorang berkemah kat sana, betul-betul sebelah kubur orang Mesolithic. Alah, yang orang geologist gali-gali jumpe tulang orang dengan tembikar tu.
Malam tu ade sikittttttttt makan, dengan ice-breaking, dah siap semua, aku masuk kemah, tidurrrr~~~

22 jun, pagi. Ahhhh pagi yang indahhh. Pagi tu kami disajikan dengan makan-makan program seperti mee hoon, nasi gorang dan tea-O. Lepas makan, kami Ikat2 barang atas raft then, kami gerak dalam pukul 10 pagi. Hari kedua ni best sikit dari hari pertama. Jeram lebih WOW!!! dan ARUS lebih OSHEM!!! Xperlu kayuh sangat. arus kuat sangat sampai tenggelam-tenggelam raft kitorang. Hari kedua ni je, dah 7 liter aku tertelan air sungai. *ok, ini petua untuk kekal anggun dan gebu macam saya.
................

Minumlah air banyak-banyak k. Ok back to the story, kitorang lalu dekat banyak jeram-jeram bahaya.  Banyak batu. Salah sikit je memang terbaliklah raft kami. Memang best tapi, panas kot. Aku tengok ramaiiii yang terjun ke air. Hajat dihati ingin ikut sama tapiiiiii, malu lah. :3 Pukul 6 petang ROMBONGAN kami sampai ke perkampungan orang asli Kampung Pulat. Kitorang bermalam kat sini. Better than Gua Cha sebab, sini ada air, letrik. Kedai, surau pun dekat.

23 jun pagi. Ok ni hari last program rafting kitorang. Kami siap-siapkan raft, load barang, ambil-ambil gambar (klate oyak, pukul gambar). Then start berakit menyusuri Sungai Negiri pukul 10 pagi. Pandangan hari ke-3 ni memang cantik, dengan gua batu kapur, gunung batu kapur, hutan-hutan. Haaa, korang tengok jelah gambar-gambar bawah ni. Tengah menyaksikan panorama-panorama indah tiba-tiba, muncul scene macam dalam filem seram “Silent Hill”. Berkabus tiba-tiba. Ok, jerebu dah sampai sini. Kami berakit lah sampai 5km lagi nak sampai destinasi akhir, kami stop sekejap. Guarder mnx kami check B.A kami. Makesure ketat SEBABBB!!! kami nak buat aktiviti floating!!! Memang seronok!!! Bayangkan, float dekat jeram-jeram. ARUS KUAT!!! Kejap timbul, kejap tenggelam, kejap ada, kejap hilang. Last-last, sampai jugak dekat Pasir Mayat. Memang seram namanya. Huuuu~~~~ (Spooky). Pasir Mayat ni dapat nama mase zaman pemberontakan Komunis. Ada polis kene bunuh masa buat rondaan kat sungai ni then komunis letak mayat polis-polis tu kat timbunan pasir ni lah. Ok, dalam jam 5 petang, ROMBONGAN kami sampaiiiii jugak dekat LAST CHECK POINT, Kampung (lupa). Arghhh!!! Ada orang tegur tangan aku berbelang-belang sunburn. Sebab hand sock aku pakai tu belang pink hitam. Sob3~~ Takpe2, nnt2 hilang lah tu.

...

Ape? Mr.R? Sabarrrr. Belum sampai lagi scene Mr.R.
Kami kemas-kemas barang, final check, then bergerak ke bas untuk tidur yang selesaaaaa!!!
Ok, dah sampai perhentian (lupa lg deh). Masa tu punyeeeee lapaaaarrrrrrr~~~. Sesudah MENTEKEDARAH, aku masuklah bas. YA ALLAH!!! Siapa pulak tidur berselubung macam hantu ni?. Tak turun makan ape dia ni?. Lantak lah deme. Tunggu punya tunggu, bas pun penuh. Bila bas gerak je hantu tidur tadi terjaga. Dia tengok aku, dia senyum. “My name is Mr.R”. “Ooo, sy Ida( bukan nama sebenar)”. Eh, peramah jugak hantu tidur ni ye. Kami pun bual-buallah pasal program rafting, pasal hobi. Dah sakan berbual, rupanya dia ada hobi yang lebih kurang sama macam aku. Aku Blogger dan dia Vlogger.
Dia peramah, banyak cakap. Kalau bercakap tu siap dengan mimik-mimik muka lagi. Ok, dia kan Vlogger. Dia duduk kerusi belakang, aku duduk depan. Kebetulan aku duduk sorang. Kawan-kawan Mr.R@Mr.Poyo suruh dia duduk sebelah aku kalau nak sembang. Member dia kata,”Kau ni kacau aku
nak tidur ar”. Malas nak panjangkan cerita, Mr.R kene tolak dengan member-member dia dalam 2-3 orang macam tu suruh dia duduk sebelah aku kalau nak sembang sebab diorang nak tidur.
Kitorang pun sembanglah. Macamane boleh tak perasan dia ye sepanjang program tu. Tengah rancak sembang ni tiba-tiba, aku diserang masalah mengantuk. “Ida ngantuk, tidur dulu ye”. “Ok, tidurlah”. Aku pejamlah mata. Sedap betul tidur penat-penat ni. Lagi ade air-cond. Tidurlah aku senyenyak-nyenyaknya sampai tak sedar, bila aku terjaga, aku dah tersandar dekat bahu Mr.R.

HAISSSS!!!!!! Malu!!!!!. “Kenapa awak tak kejut saya???!!! Kenapa awak biarkan saya tidur dekat bahu awak???!!!”. “Saya dah kejut tapi, awak tak bangun-bangun. Tidur matilah tu”. Aku diam. Dalam beberapa minit, sekali lagi aku tertidur. Dan aku tersandar lagi dekat bahu Mr.R. Aku mana perasan. Kan tengah tidur. Bila terjaga aku terus angkat kepala aku dan aku tak tanya apa. Aku diammmm je. Tiba-tiba Mr.R cakap kat aku,”Saya dah kejut jugak tapi, awak tak bangun”. Ok, no more sleep sampai UMT. Aku malu kau boleh senyum-senyum lak. Tampar kang.
Ait?? Aku terkejut jap. Sejak biler aku pakai selimut??. Mr.R perasan dia terus cakap,”Saya selimutkan awak tadi. Saya tengok awak tidur bengkok dah macam udang sejuk dah. Hahaha”. “Ok, thank”, dalam hati je. Sampai je UMT aku terus keluar dari bas dan lari jauh-jauh. MALUUUU!!!!! IDA, KAU NI MEMALUKANNN!!!! AKU TAK KAN JUMPA, TERSEREMPAK, DAN APA-APA PUN dengan Mr.R yang poyo sweet. UGHH!!!!

Esoknya, aku buka Facebook. “Oh, friend request. What??? Mr.R??? Nak approve ke ignore??? Mmm”. Aku PM dia. “Bagi saya satu alas an, kenapa saya kena approve awak?”. “Sebab saya dapat tolong awak bila awak perlukan pertolongan. Like, bila beg awak terjatuh, saya tolong sambut”. Oh, Mr.R rupanya yang tolong. Ok. Thank dalam hati je. Nanti dia PERASAN. So, sekarang kami jadi kawan. Kawan biasa je k. Tak lebih-lebih pun. No dating and no flirting. Just chatting kadang-kadang, sbb nak mintak idea nak buat entry untuk my blog.
...

Untuk Mr.R yang tengah baca entry@cerpen ni. Jangan nak kembang-kembang sangat. Just sharing k.
Ok semua, Assalamualaikum.

...

P/s tuan belog - I guess korang syak bukan Ida yang tulis entri kat atas tu kan. ya ya ya. I admit. Ida tukang post je. ni first taim taw ida wat keje cam gini :D.

BDW, Ida pun tak sengaja join rafting buat kali kedua. Ada tak yang marah? sakit hati? takpuas ? or kecewa sebab entri water rafting sebelum ni? hehe. wonder why I joined again? 

  • nak baiki diri. lebih berani. and yakin
  • jumpa kawan2. teman2. sahabat2. (pasni taktaw bila lagi ada peluang camgini kan? )
  • invited by (sahabat)
  • tukar pandangan negative certain peoples (about me)
STOP. I busy yesterday. today. tomorrow and the day after. kbai. saragheo.
p/s untuk penulis di atas. TQ awak :)